Bisnes barang tiruan
- guna brand orang lain
Jual produk berbahaya
- Dadah rekreasi (kimia atau herba);
- bahan psikoaktif;
- peralatan yang memudahkan penggunaan dadah
- senjata, peluru, bahan letupan dan bunga api;
- arahan membuat letupan atau produk berbahaya yang lain;
- produk tembakau
Jual software/app tak beretika
- cara hacking
- increase trafik secara artificial
- pemalsuan dokumen & sijil akademik
Kandungan yang tak sesuai
- yang mengejutkan atau menggalakkan kebencian,
- sikap tidak bertoleransi,
- diskriminasi
- keganasan
- pembulian atau menakut-nakutkan seseorang individu atau kumpulan
- mendiskriminasi kaum
- alatan kumpulan benci
- imej kawasan jenayah atau kemalangan yang grafik
- kekejaman terhadap haiwan
- pembunuhan
- mencederakan diri sendiri
- ugutan atau memeras ugut
- jualan atau perdagangan spesies terancam
- iklan yang menggunakan bahasa lucah
Limited
Kandungan dewasa
Alkohol
Perjudian dan permainan
Penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan
Politik
Perkhidmatan kewangan
Tanda dagangan
Perniagaan terhad lain
Amalan yang dilarang
Menyalahgunakan rangkaian iklan
Kami mahu iklan yang disiarkan di seluruh Rangkaian Google agar berguna, pelbagai, berkaitan dan selamat untuk pengguna. Kami tidak membenarkan pengiklan menyiarkan iklan, kandungan atau destinasi yang cuba menipu atau memintas proses semakan iklan kami.
Contoh penyalahgunaan rangkaian iklan: mempromosikan kandungan yang mengandungi perisian hasad; “penyembunyian” atau menggunakan teknik lain untuk menyembunyikan destinasi sebenar yang pengguna diarahkan; “arbitraj” atau mempromosikan destinasi bagi tujuan mutlak atau utama untuk memaparkan iklan; mempromosikan destinasi “jambatan” atau “gerbang” yang direka bentuk secara mutlak untuk menghantarkan pengguna ke tempat lain; mengiklankan dengan niat mutlak atau utama untuk mendapatkan sokongan rangkaian sosial awam daripada pengguna; “mempermainkan” atau memanipulasi tetapan dalam percubaan untuk memintas sistem semakan dasar kami
Pengumpulan dan penggunaan data
Kami mahu pengguna percaya bahawa maklumat mengenai mereka akan dihormati dan dikendalikan dengan sewajarnya. Oleh itu, rakan kongsi pengiklanan kami tidak boleh menyalahgunakan maklumat ini, mahupun mengumpulkannya untuk tujuan yang tidak jelas atau tanpa langkah-langkah keselamatan yang sesuai.
Contoh maklumat pengguna yang perlu dikendalikan dengan cermat: nama penuh; alamat e-mel; alamat pos; nombor telefon; identiti kewarganegaraan, pencen, keselamatan sosial, ID cukai, penjagaan kesihatan atau nombor lesen memandu; tarikh lahir atau nama keluarga sebelum berkahwin selain daripada sebarang maklumat di atas; status kewangan; persekutuan politik; orientasi seksual; kaum atau keetnikan; agama
Contoh pengumpulan & penggunaan data secara tidak bertanggungjawab: mendapatkan maklumat kad kredit melalui pelayan yang tidak selamat, promosi yang mendakwa bahawa mengetahui orientasi seksual atau status kewangan pengguna, pelanggaran dasar kami yang berkenaan dengan pengiklanan dan pemasaran semula berdasarkan minat
Salah tafsiran
Kami tidak mahu pengguna berasa dikelirukan oleh iklan, jadi kami berusaha untuk memastikan iklan anda jelas dan jujur serta menyediakan maklumat yang pengguna perlukan untuk membuat keputusan yang termaklum. Kami tidak membenarkan iklan atau destinasi yang berniat untuk menipu pengguna dengan mengecualikan maklumat yang berkaitan atau memberikan maklumat yang mengelirukan tentang produk, perkhidmatan atau perniagaan.
Contoh salah gambaran: mengecualikan atau menyembunyikan butiran pengebilan seperti cara, amaun dan masa pengguna akan dicaj; mengecualikan atau menyembunyikan caj yang berkaitan dengan perkhidmatan kewangan seperti kadar faedah, yuran dan penalti; gagal memaparkan nombor cukai atau lesen, maklumat hubungan atau alamat fizikal apabila berkenaan; membuat tawaran yang sebenarnya tidak wujud; membuat dakwaan yang memberi gambaran salah atau tidak realistik berkenaan dengan pengurangan berat badan atau keuntungan kewangan; mengutip derma atas tujuan palsu; “memancing” atau menyamar sebagai sebuah syarikat yang sah untuk meminta pengguna menyerahkan maklumat peribadi atau kewangan
Kandungan terhad
Dasar di bawah meliputi kandungan yang kadangkala bersifat sensitif dari segi undang-undang atau budaya. Pengiklanan dalam talian boleh menjadi cara yang berkuasa untuk menjangkau pelanggan, tetapi dalam kawasan yang sensitif, kami juga bekerja keras bagi mengelakkan daripada memaparkan iklan pada masa dan tempat iklan tersebut mungkin tidak sesuai.
Atas sebab tersebut, kami membenarkan kandungan di bawah dipromosikan, tetapi secara terhad. Promosi ini mungkin tidak dipaparkan kepada setiap pengguna di setiap lokasi dan pengiklan mungkin perlu memenuhi keperluan tambahan sebelum iklan mereka layak disiarkan. Harap maklum bahawa tidak semua produk iklan, ciri atau rangkaian dapat menyokong kandungan terhad ini. Maklumat lanjut boleh ditemui di Pusat Dasar.
Kandungan dewasa
Iklan perlu menghormati pilihan pengguna dan mematuhi peraturan undang-undang. Oleh sebab itu, kami tidak membenarkan jenis kandungan dewasa tertentu dalam iklan dan destinasi. Sesetengah jenis iklan dan destinasi berorientasikan dewasa dibenarkan jika iklan dan destinasi tersebut mematuhi dasar di bawah dan tidak menyasarkan golongan bawah umur tetapi hanya akan dipaparkan dalam senario yang terhad berdasarkan pertanyaan carian pengguna, umur pengguna dan undang-undang tempatan tempat iklan itu disiarkan.
Ketahui tentang perkara yang berlaku jika anda melanggar dasar kami.
Contoh kandungan dewasa yang dihadkan: kelab tarian bogel, pawagam erotik, mainan seks, majalah dewasa, produk penggalakan seksual, tapak pemadanan, model dalam lagak seksual
Alkohol
Kami mematuhi undang-undang alkohol tempatan dan standard industri, jadi kami tidak membenarkan jenis pengiklanan berkaitan dengan alkohol yang tertentu. Ini meliputi alkohol dan juga minuman yang menyerupai alkohol. Sesetengah jenis iklan yang berkaitan dengan alkohol dibenarkan jika iklan tersebut memenuhi dasar di bawah, tidak menyasarkan golongan bawah umur dan hanya menyasarkan negara yang jelas dibenarkan untuk memaparkan iklan alkohol.
Contoh minuman beralkohol yang dihadkan: bir, wain, sake, spirit atau arak keras, Champagne, wain keras, bir tidak beralkohol, wain tidak beralkohol dan spirit distil tidak beralkohol
Hak cipta
Kami mematuhi undang-undang hak cipta tempatan dan melindungi hak pemegang hak cipta, jadi kami tidak membenarkan penyiaran iklan yang tidak diizinkan untuk menggunakan kandungan berhak cipta. Jika anda diizinkan secara sah untuk menggunakan kandungan berhak cipta, mohon pensijilan untuk mengiklan. Jika anda melihat kandungan yang tidak diizinkan, kemukakan aduan berkaitan dengan hak cipta.
Perjudian dan permainan
Kami menyokong pengiklanan perjudian yang bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang perjudian tempatan dan standard industri, jadi kami tidak membenarkan jenis pengiklanan berkaitan dengan perjudian yang tertentu. Iklan yang berkaitan dengan perjudian dibenarkan jika iklan tersebut mematuhi dasar di bawah dan pengiklan telah menerima pensijilan Google Ads yang sewajarnya. Iklan perjudian perlu menyasarkan negara yang diluluskan, mempunyai halaman pendaratan yang memaparkan maklumat tentang perjudian yang bertanggungjawab dan tidak sekali-kali menyasarkan golongan bawah umur. Semak peraturan tempatan bagi kawasan yang ingin disasarkan.
Contoh kandungan berkaitan perjudian yang dihadkan: kasino fizikal; tapak pengguna boleh bertaruh untuk poker, bingo, rolet atau acara sukan; loteri kebangsaan atau swasta; tapak pengagregat kebarangkalian sukan; tapak yang menawarkan kod bonus atau tawaran promosi bagi tapak perjudian; bahan pendidikan dalam talian untuk permainan berasaskan kasino; tapak yang menawarkan permainan “poker untuk berseronok”; tapak permainan tunai yang tidak berasaskan kasino
Penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan
Kami berazam untuk mematuhi peraturan pengiklanan bagi penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan, jadi kami berharap iklan dan destinasi mematuhi undang-undang dan standard industri yang bersesuaian. Sesetengah kandungan yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan tidak boleh diiklankan langsung, sementara yang lain hanya boleh diiklankan jika pengiklan diperakui oleh Google dan menyasarkan negara yang diluluskan sahaja. Semak peraturan tempatan bagi kawasan yang ingin disasarkan.
Kandungan politik
Kami berharap semua iklan dan destinasi politik mematuhi undang-undang kempen dan pilihan raya tempatan bagi mana-mana kawasan yang menjadi sasaran iklan. Dasar ini termasuk “tempoh berdiam” pilihan raya menurut keperluan undang-undang.
Contoh kandungan politik: promosi parti atau calon politik, sokongan isu politik
Perkhidmatan kewangan
Kami mahu pengguna memperoleh maklumat yang mencukupi untuk membuat keputusan kewangan termaklum. Dasar kami direka bentuk untuk memberi pengguna maklumat untuk menimbang kos yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kewangan serta melindungi pengguna daripada amalan yang memudaratkan atau berbentuk penipuan. Untuk tujuan dasar ini, kami menganggap produk dan perkhidmatan kewangan sebagai yang berkaitan dengan pengurusan dan pelaburan wang serta mata wang kripto, termasuk nasihat diperibadikan.
Apabila mempromosikan produk dan perkhidmatan kewangan, anda hendaklah mematuhi kawal selia negeri dan setempat untuk mana-mana wilayah atau negara yang disasarkan oleh iklan anda — sebagai contoh, sertakan pendedahan khusus yang dikehendaki oleh undang-undang tempatan. Rujuk senarai tidak lengkap keperluan khusus negara kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tanda dagangan
Terdapat beberapa faktor yang menentukan masa tanda dagangan boleh digunakan dalam iklan Google Ads. Selain faktor yang diterangkan dalam Pusat Dasar kami, dasar ini hanya digunakan apabila pemilik tanda dagangan telah menghantar aduan yang sah kepada Google.
Keperluan undang-undang
Anda sentiasa bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anda mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang bersesuaian, di samping dasar pengiklanan Google, bagi semua lokasi yang iklan anda dipaparkan.
Perniagaan terhad lain
Kami mengehadkan jenis perniagaan tertentu daripada mengiklan dengan kami untuk mengelakkan pengguna daripada dieksploitasi, walaupun perniagaan individu tertentu kelihatan mematuhi dasar kami yang lain. Berdasarkan semakan berterusan kami dan maklum balas daripada pengguna serta pihak berkuasa perlindungan pengguna, kadangkala kami mengenal pasti produk atau perkhidmatan yang terdedah kepada penyalahgunaan. Jika kami berpendapat jenis perniagaan tertentu menimbulkan risiko yang tidak wajar ke atas keselamatan pengguna atau pengalaman pengguna, maka kami mungkin mengambil kedudukan yang konservatif dan mengehadkan atau menghentikan iklan yang berkaitan daripada disiarkan.