5 Strategi Digital Marketing tanpa guna iklan yang anda perlu tahu

Sebut pasal digital marketing, mesti ramai orang ingat kena buat Facebook Ads, Instagram Ads dan juga Google Ads.

Tak semestinya.

Ada pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk memastikan anda boleh buat pemasaran digital tanpa bergantung kepada iklan semata-mata.

1. Search Engine Optimization (SEO)

Ini merupakan teknik paling berkesan sejak zaman berzaman. Asalkan ada website dengan domain sendiri, anda boleh gunakan strategi SEO untuk muncul dalam result Google search.

Google mengubah algorithm sepanjang masa. Biasanya pada bulan Jun, Google akan mengemaskini bagaimana website dinilai dan kedudukan pasti akan berubah.

Di Malaysia, memang ada banyak agensi yang menyediakan servis SEO. Kerjanya banyak, agak teknikal dan memakan masa yang panjang. Itu sebab tak ramai yang sanggup nak buat.

2. Email marketing

Jika anda ada senarai maklumat pelanggan seperti nama dan email mereka, anda pasti boleh gunakan sistem newsletter.

Antara yang terkenal digunakan di Malaysia ialah Mailchimp, GetResponse, Aweber dan MailerLite.

3. Affiliate marketing

Affiliate, referral, ejen, dropship, ambassador marketing dan pelbagai nama yang boleh digunakan.

Biasanya mereka akan mendapat komisen apabila ada pelanggan yang membeli melalui mereka.

Anda boleh cuba untuk tawarkan sistem ejen dan affiliate pada pelanggan anda dahulu kerana mereka dah tahu bagaimana kualiti produk atau servis anda.

4. Social Media Marketing

Anda boleh gunakan Facebook Page, Instagram, Twitter untuk berkongsi aktiviti bisnes anda.

Antara paling senang ialah kongsi sesuatu yang bermanfaat ataupun inspirasi kepada Followers anda.

Selain itu, anda juga boleh tunjukkan Behind The Scene (BTS) aktiviti bisnes anda seperti bertemu dengan pelanggan, aktiviti memproses atau menyediakan produk dan perkhidmatan, membungkus dan lain-lain.

5. WhatsApp

Siapa tak guna WhatsApp kan? Memang sejak kewujudan Whatsapp, manusia kini boleh berhubung dengan lebih murah dan mudah.

Dalam bisnes, anda digalakkan menggunakan WhatsApp Business sebab ada banyak fungsi yang ‘short cut’ untuk meningkatkan produktiviti anda.

Penutup

Sebenarnya ada banyak lagi teknik dan strategi dalam melaksanakan digital marketing tanpa menggunakan iklan berbayar.

Kelima-lima teknik di atas merupakan yang paling asas yang boleh dibuat oleh sesiapa yang mula menceburi dalam bidang perniagaan.

Selamat mencuba dan semoga maju jaya!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *